Asrama yang terdiri daripada 3 bilik asrama iaitu Dorm A, Dorm B dan Dorm C ini mampu memuatkan seramai 170 Orang Pelajar dalam satu-satu masa. Asrama yang dilengkapi dengan katil dua tingkat, ruang menggosok pakaian, almari, dan mesin penapis air ini adalah demi keselesaan pelajar sepanjang menjalani pengajian di Madrasah Tahfiz Al Jauhar.