:
Majlis Kepimpinan Pelajar

Majlis Kepimpinan Pelajar (AQIB) Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) adalah bertujuan sebagai wadah penyampai bicara antara pelajar dan guru dan penggerak agenda Madrasah  serta pelajar. Ia merupakan badan khidmat yang komited dalam usaha Madrasah yang menjadikan disiplin  sebagai agenda utama dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab bersama. Di samping itu juga, badan ini bertujuan untuk membentuk pelajar mempunyai sahsiah diri yang berketrampilan, beretika, berdisiplin, bertanggungjawab serta mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.